Sunday 19 May 2013

Home Sweet Home


Tempat yang paling selesa, selamat, aman damai, tenang tak lain tak bukan adalah rumah yang kita duduk. Bak kata pepatah, RumahKu SyurgaKu. Aku berasal dari Muar Johor. Dari keluarga yang sederhana, tak kaya sangat dan tak miskin sangat. Alhmadulillah cukuplah untuk mak ayah aku menampung segala makan minum dan kehendak anak-anak mereka. Lahir dari keluarga yang berniaga untuk menampung kehidupan sekeluarga.


Mak ayah aku berniaga sebagai penjual makanan kering seperti biskut, kerepek dan kek. Aku masih teringat pada usia muda dahulu, perniagaan mak ayah aku bermula dengan sebuah pondok dibelakang rumah yang tidak berdinding dan berbumbungkan canvas. Disitulah letaknya kuali besar untuk menggoreng kerepek pisang, kerepek ubi, maruku dan sebangainya. Dengan penuh kudrat untuk menyara keluarga. Menjual kerepek rumah kerumah. Itulah punca rezeki yang ada. 



Alhamdulillah, kini perniagaan mak ayah aku sudah berkembang. Dahulunya pondok yang kecil, kini sudah didirikan sebuah kilang dibelakang rumah. Terima kasih kepada badan-badan yang bertanggungjawab memberi sumbangan untuk memajukan usahawan-usahawan melayu kita. Kadang-kadang macam tak percaya yang perniangaan mak ayah aku ni boleh pergi lebih jauh. Sekarang ni banyak jenis biskut yang dapat dipasarkan sama ada di dalam daerah Muar dan juga diseluruh negeri. InsyaAllah aku akan bawa biskut-biskut mak aku ni ke Ipoh untuk mencuba market. Sekurang-kurangnya produk mak aku ni boleh dikenali tak kiralah dari selatan,utara dan pantai timur. 




Nama syarikat maka ayah aku ni ialah Perusahaan Nurza. Cukup terkenallah kat kawasan Muar ni. kebanyakannya pembeli datang kerumah untuk membuat tempahan. Ada juga yang yang membeli secara bundle untuk dijual di bazaar dan kedai-kedai. Nak dekat bulan puasa ni agak sibuk la mak ayah mengrestockkan biskut-biskut. Sesiapa yang nak bekerja sebagai pekerja di syarikat mak ayah aku boleh je try je apply. InsyaAllah boleh dipertimbangkan.




Sesiapa yang nak buat tempahan biskut untuk raya ni boleh la berhubung dengan:-

  • Perusahaan Nurza
  • Pn. Syarifah
  • 0196701345 / 06-9555702

Sabda Nabi Muhammad s.a.w., "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."


Penangkap gambar & Penulis blog dari:
Ghazali Rosli, Mei 2013.

4 comments:

Budak Pensel Yazid said...

Tart !

Unknown said...

hahaha..

Unknown said...

teringat zaman sekolah dulu... huhu you're always be ma wonderful and great friend!

Unknown said...

hahaha..thanks coz be my friend ;D

Post a Comment

Popular Posts