Showing posts with label Brands. Show all posts
Showing posts with label Brands. Show all posts

Sunday, 15 September 2013

1 comments

P.O.R.T & KHIZANAT

14 September 2013, Ipoh telah mengadakan dua event untuk penggiat seni dan sukan ekstrim iaitu TWTUPIPOH  di P.O.R.T  dan ERIC HAUSMANN Live in Ipoh di KHIZANAT.  Plan aku memang nak pergi dua-dua event ni. Disebabkan cuaca yang kerap hujan sekarang ni so aku pergi event twtup dulu. Lagi pun event start pukul 10 pagi smpai tengah malam. Kat event twtup tu aku just jalan-jalan dalam berape jam sebab nak ke KHIZANAT pulak dalam pukul 4. So gambar kat PORT xdelah banyak sangat. Mana yang sempat je la..














Aku sampai ke PORT ni pon dalam pukul 2.00 then aku jalan-jalan sampai pukul 3.30 and aku fly ke KHIZANAT plak. Ok, kat Khizanat pulak ade event Eric Hausmann Live in Ipoh yang dibawa khas oleh Ipoh Experimental Art School dan juga Khizanat. Kat sini gambar banyak gak la sebab aku lepak dari awal sampai habis. Event dari kol 4.00 petang sampai 6.30 petang lebih kurang.  Disini aku bagi korang lihat macam mana suasana kat situ. Walaupun tak seramai event twtup, tapi memang enjoy la layan musik-musik angkasa...hahaha.












Penangkap gambar & Penulis blog oleh:
Ghazali Rosli, September 2013.

Monday, 20 May 2013

1 comments

Walk of Fame | Festival Belia Putrajaya 2013

Untuk kerja sampingan awal tahun ini aku ditugaskan untuk mendesign poster untuk R4 Youth Club. R4 Youth Club adalah satu komuniti yang telah ditubuhkan pada tahun 2009. Misi dan Visi diorang adalah mengumpul remaja-remaja terdiri dari pelajar untuk berkumpul bersama untuk melatih untuk menjadi remaja yang berdaya saing. Pelbagai aktiviti yang berfaedah telah dijalankan oleh mereka untuk membentuk sahsiah remaja masa kini. R4 Youth Club juga telah dirasmikan oleh KEMENTRIAN BELIA DAN SUKAN. Alhamdulillah, aku telah berkhidmat dengan mereka sejak 2011 lagi. Terima kasih kerana menerima dan berpuas hari dengan hasil kerja aku. Ini Adalah salah satu design poster untuk aktiviti diorang pada hari Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 23 - 26 May 2013. Selain itu, aku mendesign banner, bunting dan backdrop untuk hari tersebut.


Untuk mengetahui lagi tentang R4 Youth Club ni, korang boleh pergi usha kat blog diorang di r4youthclub.blogspot.com . Macam-macam info yang korang boleh dapat kat situ.


Penulis blog oleh
Ghazali Rosli, May 2013

Sunday, 19 May 2013

4 comments

Home Sweet Home


Tempat yang paling selesa, selamat, aman damai, tenang tak lain tak bukan adalah rumah yang kita duduk. Bak kata pepatah, RumahKu SyurgaKu. Aku berasal dari Muar Johor. Dari keluarga yang sederhana, tak kaya sangat dan tak miskin sangat. Alhmadulillah cukuplah untuk mak ayah aku menampung segala makan minum dan kehendak anak-anak mereka. Lahir dari keluarga yang berniaga untuk menampung kehidupan sekeluarga.


Mak ayah aku berniaga sebagai penjual makanan kering seperti biskut, kerepek dan kek. Aku masih teringat pada usia muda dahulu, perniagaan mak ayah aku bermula dengan sebuah pondok dibelakang rumah yang tidak berdinding dan berbumbungkan canvas. Disitulah letaknya kuali besar untuk menggoreng kerepek pisang, kerepek ubi, maruku dan sebangainya. Dengan penuh kudrat untuk menyara keluarga. Menjual kerepek rumah kerumah. Itulah punca rezeki yang ada. 



Alhamdulillah, kini perniagaan mak ayah aku sudah berkembang. Dahulunya pondok yang kecil, kini sudah didirikan sebuah kilang dibelakang rumah. Terima kasih kepada badan-badan yang bertanggungjawab memberi sumbangan untuk memajukan usahawan-usahawan melayu kita. Kadang-kadang macam tak percaya yang perniangaan mak ayah aku ni boleh pergi lebih jauh. Sekarang ni banyak jenis biskut yang dapat dipasarkan sama ada di dalam daerah Muar dan juga diseluruh negeri. InsyaAllah aku akan bawa biskut-biskut mak aku ni ke Ipoh untuk mencuba market. Sekurang-kurangnya produk mak aku ni boleh dikenali tak kiralah dari selatan,utara dan pantai timur. 




Nama syarikat maka ayah aku ni ialah Perusahaan Nurza. Cukup terkenallah kat kawasan Muar ni. kebanyakannya pembeli datang kerumah untuk membuat tempahan. Ada juga yang yang membeli secara bundle untuk dijual di bazaar dan kedai-kedai. Nak dekat bulan puasa ni agak sibuk la mak ayah mengrestockkan biskut-biskut. Sesiapa yang nak bekerja sebagai pekerja di syarikat mak ayah aku boleh je try je apply. InsyaAllah boleh dipertimbangkan.




Sesiapa yang nak buat tempahan biskut untuk raya ni boleh la berhubung dengan:-

  • Perusahaan Nurza
  • Pn. Syarifah
  • 0196701345 / 06-9555702

Sabda Nabi Muhammad s.a.w., "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."


Penangkap gambar & Penulis blog dari:
Ghazali Rosli, Mei 2013.

Popular Posts